Fun Learn With Internet

26 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan kelas untuk belia di sekitar PPR Batu Gong. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan pembelajaran secara terbuka menggunakan internet. Terdapat enam (6) orang belia telah berjaya menghabiskan kelas. Mereka didedahkan dengan teknik mudah menggunakan search enjin organisation (SEO) untuk mencari sesuatu perkara dengan menitikberatkan “keyword” untuk sesuatu yang hendak dicari. Peserta juga didedahkan dengan beberapa search enjin yang popular seperti google crome, fire fox dan internet explorer itu sendiri.

Selain itu, peserta juga dibawa untuk menguji tahap kecerdasan menaip mereka dengan menggunakan aplikasi Free Typing speed test.com. Aplikasi ini dapat mengukur tahap kecepatan menaip seseorang dan ketepatan huruf yang hendak ditaip dalam tempoh masa seminit. Untuk aktiviti selingan, peserta telah ditayangkan video KDB iaitu terlebih kongsi dan siber buli.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali